Wednesday, February 1, 2012

Petua Pilihan : "6 cara untuk anda elakkan lipas berkeliaran"

Lipas merupakan salah satu serangga perosak yang kurang disenangi ramai orang. Ia menyebabkan kerosakan yang serius pada kertas dinding, buku, pakaian dan perabot. Tidak kurang juga ada di antara kita yang memang tidak boleh terserempak langsung dengan serangga itu dan yang paling teruk, ada pula yang tidak tahan dengan bau kehadirannya. 

Masalahnya apabila ia sudah berada di dalam rumah, ia akan mula membiak dengan cepat dan agak mustahil pula untuk menyingkirkannya.


Berikut dicadangkan beberapa cara organik dan tidak toksik untuk menghapuskan lipas secara semula jadi.

1. Dapatkan segenggam bunga cengkih dan segenggam garam Epsom. Campurkannya dan letakkannya di dalam piring-piring yang ditempatkan di lokasi persembunyian lipas yang biasa (kawasan gelap, panas dan lembap). Antara lokasi yang sesuai ialah; di belakang mesin basuh, peti sejuk dan ketuhar. Jangan lupa bahagian dapur dan kawasan di bawah singki bilik mandi. 

2. Titiskan beberapa titik minyak bunga cengkih  di sudut-sudut dan lubang -lubang tersembunyi di celah-celah dinding dan di dalam kabinet dapur.

3. Lipas tidak sukakan bau daun bay (bay leaf). Hancurkan beberapa helai daun bay dan taburkannya di mana-mana lokasi yang anda nampak lipas berkeliaran. Daun bay boleh di dapati di seksyen rempah ratus di pasaraya. Ia biasa digunakan dalam masakan Mediterranean.

4. Boraks atau asid borik adalah sangat berkesan terhadap lipas. Taburkan boraks di sekitar tempat lipas di kesan. Tetapi awas, boraks yang berlebihan adakah bersifat toksik kepada manusia. Elakkan dari meletakkan boraks di kasasan di mana kanak-kanak atau haiwan peliharaan bermain, tidur atau makan. Boraks boleh di dapati sebagai bahan kimia di kedai peralatan makmal atau sebagai bahan di dalam sabun pencuci kain.

5. Anda juga boleh membuat racun serangga organik buatan sendiri dengan mencampurkan soda penaik dan gula sama banyak. Letakkan campuran ini di dalam pinggan-pinggan cetek yang diletakkan di lokasi lipas bersembunyi. Lipas akan memakan campuran ini kerana ia manis. Walau bagaimanapun gas daripada soda penaik pula akan membunuhnya secara dalaman. 

6. Gunakan daun pandan untuk mengelakkan lipas secara semula jadi. Daun pandan mengeluarkan bau kuat yang dikatakan mengganggu sistem pernafasan atau sistem saraf lipas. Ikat 3-5 helai daun pandan dan letakkannya di dalam mangkuk kecil. Mangkuk-mangkuk ini pula diletakkan di lokasi lipas berkeliaran. Gantikan daun pandan seminggu sekali apabila baunya sudah berkurangan.

Enam cara di atas boleh dicuba untuk mengurangkan kehadiran lipas di rumah. Namun begitu, cara yang terbaik untuk mengelakkan lipas ialah dengan mengelakkannya datang ke rumah anda! 

a) Pastikan dapur sentiasa bersih, dan sampah dibuang sekerap yang mungkin. 

b) Bersihkan tumpahan dan gris dengan cepat. 

c) Lipas juga tidak boleh hidup tanpa air dan jika boleh, elakkan air yang bertakung. 

d) Jangan biarkan makanan tanpa bertutup. 

e) Jika ada bukaan kecil, pastikan ia ditampal. Dalam erti kata lain, elakkan kewujudan pintu masuknya.

f) Buangkan barang-barang yang menyemakkan rumah seperti surat khabar kama, majalah dan beg plastik yang tidak digunakan.  Ini adalah kerana ia merupakan makanan kepada lipas.

Dengan menggunakan kaedah penyingkiran lipas secara semula jadi ini, anda bukan sahaja dapat menyingkirkan serangga perosak ini tetapi juga membantu memastikan keluarga anda selamat dari penyakit yang mungkin dibawa oleh serangga ini.

Photo credit:

http://image.shutterstock.com/display_pic_with_logo/191170/191170,1238263916,2/stock-photo-close-up-of-a-cockroach-on-white-background-27500671.jpg

http://www.mchumor.com/00images/1984_cockroach_cartoon.gif

http://www.our-spice-garden.com/pics/cloves.jpg

http://skillsinlife.files.wordpress.com/2011/05/epswan.jpg?w=202

http://topnews.in/health/files/Clove-oil.jpg

http://www.bigoven.com/uploads/bayleaves.jpg

http://www.passionatehomemaking.com/wp-content/uploads/2009/05/borax.jpg

http://myqasidah.com/blog/wp-content/uploads/2011/04/IMG_0396.jpg

http://farm6.static.flickr.com/5144/5675029524_fdffe84004.jpg

http://cdn.blogs.sheknows.com/babybanter.sheknows.com/2010/10/cockroach-cartoon.jpg

3 comments:

  1. lipas oo lipas.. i hate cockroaches !! makanan dlm locker hostel saya habis dimakannya.. eee geram ! kemas2 pun tetap ada.. nanti lah saya cuba petua anda.. TQVM ya :-)

    ReplyDelete
  2. Assalam,kalo cengkih shj jd tk ek...tkde la plak garam tu..garam bukit tkle ke..

    ReplyDelete
  3. plastic surgery is a very beautiful and wonder fulling surgery.

    ReplyDelete