Thursday, January 26, 2012

Fakta Sains : "Dari manakah asalnya warna indah rama-rama Morpho Biru?"

Rama-rama Morpho Biru merupakan spesies yang banyak terdapat di Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Ia dikenali melalui sayap birunya yang terang dan unik. Tetapi, adakah anda tahu bahawa warna indah ini bukan disebabkan oleh pigmen biru di dalam tisu sayapnya?

Tidak ada satu pun pigmen biru yang hadir pada sayap rama-rama Morpho Biru. Warna iridesen sayap rama-rama Morpho Biru terhasil disebabkan oleh adanya nanostruktur yang memantulkan gelombang cahaya yang berbeza. Interaksi cahaya dengan struktur bersaiz nanometer pada sisik sayapnya merupakan penyebab warnanya yang indah!

Apabila kita melihat dengan lebih terperinci melalui mikroskop, kita akan nampak bahawa setiap satu sayapnya dipenuhi dengan lapisan-lapisan sisik lutsinar yang tersusun rapat. Sisik-sisik itu mempunyai ketebalan sebanyak 60 nanometer dan berjarak 200 nanometer antara satu sama lain. Ia hanya memantulkan cahaya biru kembali kepada mata anda. Jika sisik-sisik itu menpunyai jarak yang berbeza atau tersusun dengan corak yang berbeza, anda akan melihat  warna yang lain pula pada rama-rama itu!

Kejadian alam ini memberi inspirasi kepada penyelidik untuk mengkaji dengan lebih lanjut tentang kesan interaksi cahaya sebegini. Kajian sedang dibuat di dalam penyelidikan dan pembangunan kain fabrik terbaru, cat bebas-pencelup dan teknologi anti-pemalsuan matawang.


Photo credit:
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgYfxqFg_aqQd6xtT3ycYq87BLHlz3F0YLsRiOKAmE-rs2uK0MO6YJxfYnPrIF9tymhmlQ9Wexv8gyqPqtUVnxIvshowvRicbWjI02KAnqoJQZud3M_6JbYKiZxIjTwZy6rnO7uKV5ohbU/s1600/blue-morpho.jpg

No comments:

Post a Comment