Monday, January 30, 2012

Fakta Sains : "Burung manakah yang membuat penghijrahan paling jauh?"

Juara di kalangan burung yang melakukan migrasi jarak jauh ialah burung Tern Artik. Tern Artik merupakan satu-satunya burung yang mempunyai sarang sejauh tanah meluas dan menghabiskan musim sejuk di penghujung dunia yang bertentangan. Migrasi yang hebat ini meliputi jarak sejauh 35,000 kilometer setahun!

 

Memandangkan matahari tidak pernah terbenam semasa burung Tern Artik bersarang dan juga semasa ia berada di Kutub Selatan, burung ini menikmati lebih banyak masa siang daripada mana-mana spesies burung yang lain.

Photo credit:

http://www.itsnature.org/wp-content/uploads/2010/10/2635216040_35005e497b.jpg

http://www.refugewatch.org/images/arctic_tern.jpg

http://1.bp.blogspot.com/_yQ0sz1XqOMA/TGM8jlFtFPI/AAAAAAAAAfI/wveS6lorPbc/s400/Arctic%2BTern%2BAug11_2010%2BMBSP%2BOH%2B5632%2Bkk.jpg

Saturday, January 28, 2012

Fakta Sains : "Mengapakah burung melakukan penghijrahan jarak jauh?"

Adakah burung terbang berhijrah pada jarak jauh kerana ia terlalu jauh untuk berjalan? Tidak sama sekali! Penjelasan yang terbaik ialah kerana ia mengambil kesempatan kepada banyaknya makanan pada sesuatu musim. 

Penghijrahan juga dapat mengelakkan masa dan tempat di mana sumber makanan sukar di dapati. Sumber makanan seperti serangga, ulat beluncas, buah-buahan dan nektar ada dengan banyaknya pada musim bunga dan musim panas tetapi tidak mencukupi pada musim sejuk. 

 

Pada asasnya pula, sebab utama penghijrahan ialah untuk meningkatkan peratus kejayaan pembiakan dan seterusnya  mengekalkan kemandirian spesiesnya. Burung berhijrah selalunya dapat membesarkan anaknya dengan lebih baik daripada ia kekal di tempat yang sama.

 

Banyaknya sumber makanan yang kaya dengan protein, waktu siang yang lebih panjang, kawasan yang lebih besar untuk mengelakkan persaingan antara spesies dan juga kurangnya pemangsa adalah faktor-faktor yang membantu sesuatu spesies untuk membesarkan anaknya dengan jayanya.

Photo credit:

http://www.songbirdgarden.com/store/prodimages/MigratingBirds.jpg

http://2.bp.blogspot.com/_RGHmju4--fI/TB_eNlGOBlI/AAAAAAAAADU/pR3i-GycskI/s1600/black%2Bswallowtail%2Bcaterpillar.jpg

http://img.ehowcdn.com/article-page-main/ehow/images/a00/02/7o/make-hummingbird-nectar-800x800.jpg

http://24x7newsforyou.files.wordpress.com/2010/12/bhitarkanika-national-park.jpg?w=384

Aktiviti Sains : "Poliklipkertas"


Pengenalan 

Cubalah aktiviti mudah ini sebagai set induksi untuk memperkenalkan pelajar anda tentang konsep polimer. Apa yang anda perlukan hanyalah klip kertas dan pelajar yang sanggup menyahut cabaran poliklipkertas terpanjang!

Apakah yang diperlukan?

Klip kertas

Apakah yang perlu dilakukan?

1. Bahagikan pelajar kepada dua kumpulan.

2. Setiap kumpulan diberikan beberapa kotak klip kertas yang mengandungi satu jenis klip kertas sahaja.

3. Guru akan memberikan arahan kepada pelajar untuk menyambungkan klip-klip kertas itu sepanjang yang mungkin dalam masa 3 minit. Masa yang diberikan ini terpulang kepada budi bicara guru.

4. Kumpulan yang dapat membuat sambungan klip kertas yang terpanjang di dalam masa yang diberikan diisytiharkan sebagai pemenang.

Pengisian Sains

Polimer (polymer) ialah rantai molekul panjang yang terdiri daripada molekul-molekul kecil (monomer) yang bersambungan. Contoh-contoh polimer ialah kanji, protein, plastik dan nilon.

Monomer (monomer) ialah molekul kecil yang bergabung membentuk polimer. Contoh-contoh monomer ialah glukosa, asid amino, etena dan kloroetena.

Pempolimeran (polymerisation) adalah proses penggabungan molekul-molekul kecil (monomer) untuk membentuk rantai molekul panjang (polimer).

Penyahpolimeran (depolymerisation) adalah satu proses penguraian molekul polimer kepada monomer-monomernya. Penyahpolimeran boleh dijalankan secara tindakan haba atau tindakan enzim.

Terdapat dua jenis polimer iaitu polimer asli dan polimer sintetik. Polimer asli ialah jenis polimer yang dihasilkan secara semula jadi oleh benda hidup iaitu tumbuhan dan haiwan. Contoh-contoh polimer asli termasuklah protein (monomer : asid amino), lemak (monomer : asid lemak dan gliserol), kanji (monomer : glukosa), selulosa (monomer : glukosa) dan sutera.

Polimer sintetik pula ialah jenis polimer yang dibuat oleh manusia melalui tindak balas kimia. Gentian sintetik, getah sintetik atau getah stirena butadiena yang juga dikenali sebagai SBR (monomer : stirena dan butadiena) adalah contoh-contoh polimer sintetik. 

Pelbagai jenis plastik juga adalah contoh-contoh polimer sintetik. Ini termasuklah perspeks (monomer : metil metakrilat), polivinil klorida atau PVC (monomer : kloroetena) dan politena (monomer : etena).

Tahukah anda?

Rambut dan bulu haiwan terbina daripada sejenis protein (polimer) yang disebut keratin. 

Sutera ialah satu contoh gentian asli yang dihasilkan oleh ulat sutera.

 Kapas juga adalah satu polimer gentian asli. Kanji dan selulosa ialah contoh bagi karbohidrat.

Cubalah!

Jika anda mempunyai lebih masa, cubalah aktiviti lanjutan ini. Selepas pelajar menghasilkan polimer yang terpanjang cuba minta mereka hasilkan pula polimer yang menunjukkan cross-linking. Guru boleh menyediakan pelbagai bahan supaya ada nampak perbezaan antara monomer poliklipkertas (monomernya ialah klip kertas) dan juga agen cross-linking (klip berlainan warna atau klip saiz besar).

Kurikulum Sekolah

Form 5 Science / Carbon Compounds - Sebatian Karbon / Polymer - Polymer

Form 4 Chemistry / Manufactured Substances in Industry - Bahan Buatan Dalam Industri / Synthetic Polymers and Their Uses - Menilai Penggunaan Polimer Sintetik

Photo credit:

http://www.digitaldesktopwallpaper.com/wallpapers/digitalwallpapers/1024x768/paper-clips-001.jpg

http://www.reading.ac.uk/scienceoutreach/images/equations/polytable.gif

http://www.eflytyer.com/Images/materials/feathers/feathers2.gif

http://cache2.artprintimages.com/lrg/29/2910/5GSPD00Z.jpg

http://cache2.artprintimages.com/p/LRG/21/2149/DB3CD00Z/art-print/david-beatty-cotton-picking-ferghana-valley-uzbekistan-central-asia.jpg

http://www.cartoonstock.com/lowres/rjo1093l.jpg

Thursday, January 26, 2012

Fakta Sains : "Pasir pantai bermagnet!"

Jika anda berjalan-jalan di sepanjang pantai San Francisco anda mungkin akan menjumpai butiran magnetit di sebalik butiran pasir pantai. Magnetit mempunyai ciri-ciri yang sama dengan magnet dan ia mampu menarik besi, nikel dan kobalt. 

 

Ia tidak hanya dijumpai di pantai tetapi juga di dalam otak beberapa spesies haiwan; daripada sekecil-kecil bakteria dan burung merpati sehinggalah ke haiwan sebesar ikan paus kelasa (humpback whales).

Para penyelidik telah membuktikan bahawa sifat-sifat magnet yang ada pada magnetit telah membantu haiwan-haiwan yang berhijrah. Kehadiran magnetit menyumbang kepada sensitiviti haiwan-haiwan ini terhadap medan magnet bumi. Ini seterusnya dapat membantu haiwan-haiwan ini memandu arah dari satu tempat ke tempat yang lain. 

 

Fakta Sains : "Dari manakah asalnya warna indah rama-rama Morpho Biru?"

Rama-rama Morpho Biru merupakan spesies yang banyak terdapat di Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Ia dikenali melalui sayap birunya yang terang dan unik. Tetapi, adakah anda tahu bahawa warna indah ini bukan disebabkan oleh pigmen biru di dalam tisu sayapnya?

Tidak ada satu pun pigmen biru yang hadir pada sayap rama-rama Morpho Biru. Warna iridesen sayap rama-rama Morpho Biru terhasil disebabkan oleh adanya nanostruktur yang memantulkan gelombang cahaya yang berbeza. Interaksi cahaya dengan struktur bersaiz nanometer pada sisik sayapnya merupakan penyebab warnanya yang indah!

Apabila kita melihat dengan lebih terperinci melalui mikroskop, kita akan nampak bahawa setiap satu sayapnya dipenuhi dengan lapisan-lapisan sisik lutsinar yang tersusun rapat. Sisik-sisik itu mempunyai ketebalan sebanyak 60 nanometer dan berjarak 200 nanometer antara satu sama lain. Ia hanya memantulkan cahaya biru kembali kepada mata anda. Jika sisik-sisik itu menpunyai jarak yang berbeza atau tersusun dengan corak yang berbeza, anda akan melihat  warna yang lain pula pada rama-rama itu!

Kejadian alam ini memberi inspirasi kepada penyelidik untuk mengkaji dengan lebih lanjut tentang kesan interaksi cahaya sebegini. Kajian sedang dibuat di dalam penyelidikan dan pembangunan kain fabrik terbaru, cat bebas-pencelup dan teknologi anti-pemalsuan matawang.


Photo credit:
http://2.bp.blogspot.com/_LdPGs5Px38Y/TOFXXkLhq1I/AAAAAAAAA-E/7rSRo05ASQc/s1600/blue-morpho.jpg

Wednesday, January 25, 2012

Fakta Sains : "Coelacanth, fosil yang hidup"

Ikan Coelacanth kadangkala dikenali juga sebagai "fosil hidup". Ia adalah sejenis ikan purba yang dipercayai telah pupus 80 juta tahun dahulu. Walau bagaimanapun, pada tahun 1938, seorang nelayan telah menangkap seekor Coelacanth di Lautan Hindi. Sejak dari hari itu, beberapa penangkapan Coelacanth telah dilaporkan. Antara spesimen itu termasuklah seekor Coelacanth sepanjang 6 kaki dan seberat lebih daripada 90 kilogram! Ahli saintis berpendapat bahawa ikan purba ini hidup di dalam gua di dasar lautan.


Adakah Coelacanth ini hidup dari zaman prasejarah sehingga ke hari ini?

Bumi telah mengalami peristiwa kepupusan besar-besaran (mass extinction events). Ini mengakibatkan keseluruhan kategori organisma yang pada satu masa dahulu agak biasa kewujudannya, akan menjadi pupus sama sekali. Contohnya ialah trilobit yang pada masa dahulunya agak biasa tetapi pada suatu masa telah mengalami kepupusan. 

Sekali sekala, kita akan menjumpai organisma yang masih hidup kalangan organisma yang disangka telah pupus sama sekali. Tambahan lagi, ia juga mungkin hidup pula di dalam persekitaran yang tidak banyak berubah dan ini menyebabkannya kelihatan hampir serupa dengan spesis yang dijumpai sebagai fosil. Itulah yang dikatakan sebagai "fosil hidup". 

Bagaimanakah ini dapat menerangkan tentang kewujudan Coelacanth pada hari ini? 

Saintis berpendapat bahawa Coelacanth adalah satu contoh kepada kejadian ini. Spesies yang hidup pada hari ini tidak sama seperti spesies yang hidup berjuta-juta tahun dahulu. Coelacanth "moden" ini dipercayai merujuk kepada satu order (kumpulan spesifikasi dalam spesies haiwan) sejenis ikan. Ini memberi ruang kepada kewujudan beberapa famili di dalam order itu dan seterusnya memberikan banyak ruang untuk variasi atau kelainan spesies. 

Kebanyakan famili Coelacanth telah pupus dan sehingga baru-baru ini seluruh order telah dianggap pupus. Namun begitu, satu famili dipercayai masih mempunyai ahli-ahli yang masih hidup, seperti yang kita lihat pada hari ini.

Photo credit:

http://www.dinofish.com/cimages/Bodygif.gif

http://2.bp.blogspot.com/_nQaKjURiO_A/TCxffIzL-aI/AAAAAAAAAME/4CEyls2sKqo/s1600/Trilobite_Heinrich_Harder.jpg

http://3.bp.blogspot.com/-5MYzcaIPEhc/TbW91mrOPRI/AAAAAAAAAM8/BTXPv1cn7UQ/s1600/trilobite.jpg

http://3.bp.blogspot.com/-fU3XpAqAkZE/TaVnD1E98oI/AAAAAAAACvU/oyQ1G9J8vrs/s1600/cc511.jpg

Tuesday, January 24, 2012

Icebreaker : "Objek pilihan saya ialah..."

Pengenalan


Aktiviti ini merupakan satu aktiviti ramah mesra di antara peserta dan sesuai dijalankan sebelum sesuatu program bermula. Ia sesuai terutamanya untuk program yang memakan tempoh masa yang panjang dan mempunyai banyak objek di persekitaran program contohnya program perkhemahan.

Objektif:

1. Mengalakkan peserta untuk mengenali di antara satu sama lain.

2. Menggalakkan peserta untuk bersikap terbuka dan jujur, seterusnya mewujudkan suasana yang selesa untuk interaksi selanjutnya dan juga persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran.

Saiz kumpulan:

Aktiviti individu yang membabitkan semua peserta

Barang-barang yang diperlukan:

Objek di persekitaran

Langkah-langkah:

1. Berikan masa selama beberapa minit untuk setiap peserta mencari sesuatu objek di persekitaran lokasi aktviti.

2. Objek pilihan peserta ialah sesuatu yang mereka rasakan yang mewakili ciri-ciri keperibadian mereka ataupun yang mampu menggambarkan tentang diri mereka.

3. Apabila masa yang ditetapkan telah tamat, minta setiap peserta untuk menunjukkan apa objek yang telah mereka pilih. Mereka juga dijemput untuk berkongsi dengan peserta lain tentang kriteria pemilihan mereka. Sebagai contoh, "Saya memilih seketul batu kerana ia kuat, licin dan tua". Satu lagi contoh, "Saya memilih bunga kuning ini kerana saya cantik, sukakan alam dan sentiasa menarik perhatian orang."

4. Jika ada masa yang mengizinkan, berilah peluang untuk setiap peserta untuk berkongsi tentang objek pilihan dan juga ciri-ciri pemilihan mereka.

Tip:

Aktiviti ini memerlukan kebijaksanaan fasilitator untuk perlaksanaan yang lebih ceria dan menyeronokkan. Fasilitator juga harus bijak di dalam pengurusan masa. Sebagai contoh, fasilitator boleh juga menyatakan peraturan asas (ground rule) iaitu had masa sebanyak 1 hingga 2 minit setiap perkongsian untuk mengelakkan peserta daripada meleret-leret menceritakan sesuatu yang tidak relevan dan membosankan!

Photo credit:

http://necessaryagitation.files.wordpress.com/2010/04/objects.gif?w=360

http://www.travelblog.org/Wallpaper/pix/tb_mecsek_yellow_flower.jpg

Petua Pilihan : "Mudah mengupas bawang" / "Easier onion peelings"

Kadang-kadang, kerja-kerja penyedian bahan-bahan untuk masakan mengambil masa yang agak lama. Kerja-kerja seperti mengupas dan menghiris bawang sudah pasti memakan masa terutamanya bagi mereka yang tidak biasa dengan kerja-kerja dapur. Ini adalah petua untuk mengupas bawang dengan lebih mudah. Apa yang anda perlu buat hanyalah merendamkan bawang yang perlu dikupas dengan air selama beberapa minit. Ini akan membuatkan lapisan luar bawang itu untuk mengelupas dengan mudah dan menjadikan kerja penyediaan kita lebih mudah!

Sometimes, preparation of ingredients for cooking takes a lot of time. Peeling and slicing onions itself may take some time especially for those who are not used with kitchen work! Here is a tip to make onion peelings less hassle. All you need to do is to soak the onions in water for few minutes. This will help make the outer layers of skin to come off easily and make our preparation work much easier!

Photo credit:

http://kathrynfindingbalance.files.wordpress.com/2012/01/onion.jpg?w=332

http://www.foodsubs.com/Photos/onionsgroup.jpg

Monday, January 23, 2012

Petua Pilihan : "Tajamkan gunting dengan kerajang alumunium" / "Sharpen your scissors with aluminium foil"

Apabila anda membuka tin biskut, susu tepung atau serbuk minuman yang baru, simpanlah kerajang aluminum yang digunakan untuk memelihara kesegarannya. Ada pelbagai kegunaan kerajang aluminium ini. Salah satunya ialah untuk menajamkan gunting. Apa yang anda perlu lakukan hanyakah memotong kerajang itu dengan gunting anda buat beberapa kali. Cubalah lihat jika ada perbezaan selepas itu!

 

When you open a new tin of biscuits, powdered milk or beverage in powdered form, save its protective aluminium foil that was used for keeping freshness. There are many uses of the aluminium foil. One of it is to sharpen the scissors. What you need to do is to cut the foil several times with your pair of scissors. Try it out and check out the differences!


Photo credit:

http://www.stonyfield.com/blog/wp-content/uploads/2010/12/Picture-291.png

http://shearsforhair.org/HairCuttingScissors.gif

Petua Pilihan : "Dapatkan yang terbaik daripada limau" / Home Hints : "Getting the best out of lemons"

Ini ialah petua yang mudah untuk mendapatkan yang terbaik daripada buah limau anda. Untuk memilih limau yang baik, pilihlah buah limau yang mempunyai kulit yang paling licin dan kurang menggerutu. Satu lagi petua ialah dengan memilih buah limau yang mempunyai hujung yang paling kecil pada kedua-dua bahagian. Limau-limau ini selalunya mempunyai rasa yang lebih baik dan juga akan mengeluarkan banyak jus. 


Berikut pula ialah beberapa petua untuk menghasilkan perahan jus yang lebih banyak daripada buah limau:

1. Golekkan buah limau beberapa kali sambil menekannya.

2. Masukkannya di dalam air panas selama lebih kurang 15 minit.

3. Menggigit-gigit buah itu!

Here are some tips on how to choose lemons. Pick the ones with the smoothest skin and the smallest points on each end. These tend to be juicer and have a better flavour. 

Here are some tips to get the most juice out of lemons:

1. Roll the lemons and put some pressures with your hand while doing it.

2. Before squeezing a lemon, put it in hot water for about 15 minutes.

3. Give the lemon a bite or two!

Photo credit:

http://img2.timeinc.net/health/images/slides/11-lime-lemon-400x400.jpg

http://img.ehowcdn.com/article-page-main/ehow/images/a07/ib/sp/care-lemon-lime-trees-800x800.jpg

Sunday, January 22, 2012

Aktiviti Sains : "Buruj Sticky Dot"

Pengenalan


Salah satu kaedah yang terbaik untuk mempelajari tentang buruj ialah melalui pencerapan bintang atau star-gazing. Walau bagaimanapun, faktor-faktor seperti cuaca, awan tebal dan pencemaran udara tidak membolehkan kita untuk melihat bintang yang cerah di langit malam. Aktiviti ini ialah salah satu aktiviti yang mudah dan membolehkan pelajar mengenali dan mengingati pola buruj. Apabila keadaan mengizinkan untuk kita mencerap bintang, pasti kita akan lebih bersedia!

Apakah yang diperlukan?

1. Kertas sugar paper atau construction paper berwarna hitam

2. Pelekat atau sticker bukat pelbagai warna (kuning flourescent pilihan yang terbaik!)

3. Pen penanda mata halus berwarna perak (warna emas pun menarik!)

Apakah yang perlu dibuat?

1. Minta pelajar untuk melakarkan bentuk atau pola buruj di atas kertas sugar paper. Guru boleh membantu pelajar sama ada dengan menunjukkan contoh di hadapan kelas atau membuat pola yang tersedia pada kertas yang diberikan kepada pelajar.

2. Pelajar kemudiannya diminta melekatkan sticker mengikut lakaran yang dibuat.

Pengisian Sains

Buruj merupakan sekumpulan bintang-bintang yang membentuk suatu imej atau corak di langit. Bintang-bintang memancarkan cahaya yang sangat terang dan menyebabkan ia boleh dilihat dari Bumi.

Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU) telah menjumpai sejumlah 88 buruj. Anggaplah 88 buruj ini "kawasan-kawasan" di cakerawala sama seperti (lebih kurang) 196 negara-negara di Bumi (sehingga Julai 2011).

Empat buruj yang paling terang di antara buruj-buruj lain adalah; Buruj Biduk atau Big Dipper, Buruj Belantik atau Orion, Buruj Pari atau Southern Cross dan Buruj Skorpio atau Scorpion. Di bawah adalah imej mengikut turutan:

Kita tidak boleh melihat kesemua buruj pada masa yang sama. Ini adalah kerana kedudukannya yang sentiasa berubah disebabkan putaran Bumi pada paksinya dan pergerakan Bumi mengelilingi matahari.

Berikut ialah contoh-contoh "Buruj Sticky Dot" yang dipamerkan di sebuah seminar Sains Angkasa dan Astronomi yang diadakan di Sarawak pada tahun 2009.

Buruj Belantik
Buruj Sagittarius
Buruj Skorpio
Buruj Biduk
Buruj Cassiopeia

Buruj Pari

Tahukah anda?

Bintang kelihatan putih bersinar dengan sekali pandang. Tetapi, jika kita melihat dengan teliti, kita boleh melihat pelbagai warna: biru, putih, merah dan juga jingga keemasan! 

Pada buruj Belantik sahaja, kita boleh melihat perbezaan yang agak ketara di antara Betelguese yang berwarna merah jika dibandingkan dengan Bellatrix dan juga Rigel yang berwarna biru. Mengapakah ada perbezaan warna pada bintang-bintang ini?

Suhu menentukan warna bintang. Bintang berwarna merah adalah bintang yang "sejuk" dan mempunyai suhu sekitar 3,000 kelvin (K) atau 2,727 darjah Celsius. Bintang berwarna biru pula adalah bintang yang "panas" dan mempunyai suhu lebih daripada 30,000 K atau 29, 727 darjah Celsius. Suhu matahari kita yang berwarna kuning pula mempunyai suhu yang menyelesakan iaitu 6,000 K atau 5,727 darjah Celsius. Untuk anda mudah mengingati yang mana panas dan yang mana sejuk, ingat sahaja api biru itu panas dan api kuning itu tidak sepanas biru!

Di bawah ini disenaraikan beberapa bintang tercerah di cakerawala mengikut kecerahan berserta warnanya di langit malam. Ini baru lima belas sahaja, masih ada bertrilion lagi yang tidak disenaraikan di sini!

1. Sirius (Alpha Canis Majoris), biru

2. Canopus (A. Carinae), kuning

3. Alpha Centauri, kuning

4. Arcturus (A. Bootis), jingga

5. Vega (A. Lyrae), biru

6. Capella (A. Aurigae), kuning

7. Rigel (Beta, Orionis), biru

8. Procyon (A. Canis Minoris), kuning

9. Archenar (A. Eridani), biru

10. Hadar (B. Centauri), biru

11. Betelguese (A. Orionis), merah

12. Altair (A. Aquilae), biru

13. Aldebaran (A. Tauri), jingga

14. Acrux (A. Crucis), biru

15. Antares (A. Scorpii)

Cubalah!

Sebagai aktiviti lanjutan, gunakan sticker saiz besar untuk menunjukkan bintang yang paling cerah pada buruj tersebut. Contohnya, bintang Antares pada Skorpio atau Scorpio, bintang Rigel dan bintang Betelguese pada buruj Belantik atau Orion.

Guru juga boleh menggunakan sticker berlainan warna untuk menunjukkan bintang yang kelihatan berwarna seperti bintang Antares pada Skorpio (jingga kemerahan), bintang Rigel (biru) dan bintang Betelguese pada buruj Belantik.

Kurikulum Sekolah

Year 5 / Investigating the Earth and the Universe / Constellations (Buruj)

Selamat mencuba!

Photo credit:

Nor Azhar Ishak Personal Photo Collection

http://my.execpc.com/60/B3/culp/astronomy/fig/BigDipper.gif

http://apod.nasa.gov/apod/image/0302/orion_spinelli_c1.jpg

http://apod.nasa.gov/apod/image/0705/southernCross_beletsky.jpg

http://www.sciencephotogallery.com/image/scorpius_constellation_1694721.jpg

Fakta Sains : "Apakah serangga terberat di dunia?"

Pose menarik dari Weta Gergasi


Serangga terberat di dunia merupakan spesies serangga bernama Weta Gergasi. Weta Gergasi ialah spesis serangga seakan-akan seperti cengkerik dan ia boleh dijumpai di Pulau Little Barrier,  New Zealand. Ia telah pupus di tanah besar New Zealand selepas peneroka Eropah pertama dengan tidak sengaja memperkenalkan tikus masuk ke kepulauan itu.


Pose potrait menarik untuk peminat saya


Pada tahun 2011, seorang pencinta alam sekitar, Mark Moffett, telah menemui spesies Weta yang bersayap selebar 7 inci dan seberat 71 gram dengan saiznya tiga kali ganda daripada seekor tikus. Ia diisytiharkan sebagai serangga terberat di dunia!


Ada spesis saya yang sama berat dengan tiga ekor cik tie


Weta Gergasi membesar ke tahap yang menakjubkan disebabkan oleh satu fenomena yang dikenali sebagai “kesan keraksaksaan pulau” atau “island gigantism”. Kesan keraksaksaan merupakan  satu pertumbuhan sesuatu organ atau keseluruhan organisma yang melampaui saiz biasa. Organisma ini tumbuh lebih besar daripada spesies  yang berada di tanah besar kesan dari faktor pengasingan (isolation) dan kurangnya  pemangsa.


 Bandingkan saiz saya dengan tapak tangan seorang dewasa!


Ada lebih daripada 70 jenis spesies Weta. Berita baik untuk anda semua, Weta Gergasi hanya memakan tumbuhan, serangga kecil dan buah-buahan dan ia hanya ditemui di kawasan terpencil di New Zealand!


Yum..yumm..saya lebih suka lobak merah dari jari anda

Photo credit:

http://www.sciencephoto.com/image/368584/large/Z3050270-Giant_weta-SPL.jpg

http://www.sciencephoto.com/image/368585/large/Z3050271-Giant_weta-SPL.jpg

http://isc.astro.cornell.edu/~spoon/pics/3mice.jpg

http://www.butterflycreek.co.nz/images/bugsWetaHand.jpg

http://infoloft.com/wp-content/uploads/2011/12/1211210766_giant-weta-deinacrida-heteracantha.jpg 

Wednesday, January 18, 2012

My Favourite Recipe : "Tom Yum Koong"


There is something special about this recipe. I actually learn how to make Tom Yum Koong at Bangkok, and since then, I have been doing it at least twice per month!


Tom Yum Koong is one of the most famous traditional Thai dish. It contains many useful herbs which are regarded as traditional Thai medicines. 


On April 2008, Thailand organised the ASPAC (Asia Pacific Network of Science & Technology Centers) Conference. Since Bangkok is not so far away from Kuala Lumpur and I just have this passion of learning in a science education conferences, I made some initiatives to fork out my own expenses. As a result, I went there with a no-frill airline, opted for the cheapest ground transportation and brought home-cooked meal!


The most memorable experience for my first trip to Bangkok have to be; attending my first conference on my own and the tom yum koong making workshop. The organisers ensure that there were loads of science behind this workshop and it was truly a fun, enjoyable and enriching experience!


The chefs are none other than the big names in Thailand Science museums, in fact the presenter was one of the ASPAC committee himself. I have high respect for versatile bosses. 


The workshop started with a brief on Tom Yum Koong and the science behind the ingrediennts. We were also provided with a booklet as a guide cum souvenir and also a commemorative apron. My team comprised of Azni, Dr. Zaki (Pusat Sains & Kreativiti Terengganu), Abang Khir and Pansho. 


The chef gave us some very important tips (useful to me, at least). In Tom Yum Koong recipes, freshwater prawn is more popular that the ocean prawn because it contains more fat in its head, which give a rich flavour in Tom Yum Koong. Thai people also prefer to remove the intestine from the back of the prawn before cooking because it may not be aestatically pleasing plus it may interfere with the taste of the soup. My mum always asks us to remove the intestine of the prawn in any cooking. "Buang taik tu!", she reminded us. "Bawak penyakit..", she continued. See extra notes at the end of the entry for more information on deveining.

The chef also suggested us to use the coriander roots to be boiled together with the ingredients. Before this, I tend to throw it away!

Finally he reminded us not to add lime juice to the broth while cooking. If we do, the broth will have a bitter taste.

Although Tom Yum Koong is easy to make, don't underestimate the humble soup. You can actually turn it into a healthy meal offering for your family. There are also days where you are sick and do not have an appetite to eat. This is where the heavenly therapeutic soup come in. Imagine the warm, slightly sour and tangy soup and not to mention tasty liquid coming down your throat.


Give it a try!


What you need:


Prawns ( I usually use 20 large size prawns)


Squids (optional)


4 cups of water


3 cups of prawn broth (stock from boiling water with the head and shell)


4 stalks of lemon grass (lightly pounded)


6 kaffir lime leaves (torn)


5 coriander roots


1 cup oyster mushrooms (halved)


Fish sauce (to taste, usually I used about 5 tablespoons)


5 tablespoons of lime juice


Coriander leaves


Chillies (lightly pounded, usually I used about 6 chillies)


3 cm galangal (lightly pounded)


3 cloves of garlic (crushed)


5 small red onions (crushed)


2 tomatoes (each cut into 4 wedges)


A cup of coconut milk (optional, if you prefer richer, creamy taste)



What to do:


1. In a large pot, boil water and broth, with lemon grass, coriander roots, onions, garlic, galangal, chillies and the fish sauce.


2. After about 5 minutes, add kaffir lime leaves, mushrooms and tomatoes and leave to cook. This will take about a minute.


3. Add the prawns and wait for the broth to boil. If you are using coconut milk, add it at this point and wait to boil). This will take less than a minute. Turn off the heat. 


4. Add lemon juice and and sprinkle the broth with coriander leaves.


Note: Did you notice that I did not use any oil in this recipe? There is no need to and it is also healthier. You can also substitute prawns with chicken, squid or beef or mix it all together to have tomyam campur.


Estimated cooking time: 15 minutes


Yield: serves 7



Photo credit:


Nor Azhar Ishak Personal Photo Collection