Friday, December 30, 2011

Tip untuk ibu bapa menggalakkan anak mempelajari matematik

Kini, sudah menjadi satu trend untuk ibu bapa menghantar anak ke pusat pembelajaran mental arithmetic dengan harapan anak-anak mempunyai kemahiran menghitung dan seterusnya mendapat kejayaan cemerlang di dalam subjek matematik.

Namun begitu, selepas beberapa lama mereka mendapati anak mereka pandai mengira tetapi gagal menyelesaikan masalah berbentuk ayat dan gambar rajah. Lebih mendukacitakan, mereka juga gagal menyelesaikan masalah matematik yang berhubungkait dengan kehidupan seharian.

Matematik bukan hanya sekadar menghitung sahaja. Penguasaan mental arithmetic pula tidak berkait dengan kebolehan menyelesaikan masalah matematik sama ada berbentuk simbol, ayat atau gambar rajah. Sebenarnya, kebolehan ini boleh dikuasai dengan bantuan ibu bapa tanpa mengeluarkan wang untuk menghantar anak mereka mempelajari mental arithmetic.

Bagaimanakah caranya untuk ibu bapa menggalakkan dan membantu anak-anak mempelajari matematik di rumah?

Apabila kita menyelasaikan masalah tentang operasi tambah dan tolak, cuba kita perhatikan di tahap manakah anak-anak kita menghadapi kesukaran. Jika mereka tiada masalah menambah menggunakan angka kecil seperti 1, 2 dan 3, berilah latihan yang sewajarnya supaya mereka boleh menambah angka yang lebih besar seperti 7, 8 dan 9 dan sebagainya. 

Ini boleh dilakukan secara perlahan-lahan dan dengan cara latih tubi. Selepas beberapa lama, mereka pasti akan nampak corak atau pola matematik yang tertentu. Ini seterusnya akan menghasilkan pemahaman yang sewajarnya. 

Ibu bapa juga boleh menggunakan objek yang mudah didapati, murah dan biasa digunakan di dalam kehidupan seharian. Contoh-contoh objek itu termasuklah kayu aiskrim, butang, cawan plastik dan sebagainya. Ini akan memudahkan mereka melihat bagaimana operasi ini membuahkan jawapan yang sewajarnya.

Jika ibu bapa ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang cara-cara untuk membantu anak mereka, luangkanlah juga sedikit masa untuk merujuk kepada pelbagai sumber yang ada. Contoh sumber idea termasuklah dari internet. Gunakanlah kata kunci pencarian yang mudah seperti "fun maths learning", "maths at home" dan "hands-on mathematics". Ada pelbagai laman sesawang di dalam internet yang menawarkan idea untuk aktiviti matematik di rumah dan kebanyakannya adalah percuma!

Untuk pemilik iPad pula, ada pelbagai apps yang berkhususkan pendidikan matematik. Antara pilihan kegemaran saya termasuklah "Math Bingo", "Rocket Math" dan "Math Board". Carilah pelbagai lagi apps dan ulasan tentangnya di internet dengan menggunakan kata kunci "maths ipad apps".

Selain dari rujukan internet, ibu bapa juga boleh merujuk kepada pelbagai buku yang menawarkan idea-idea untuk membantu anak anda mempelajari matematik dengan seronok dan berkesan. Malang sekali dilihat bahawa sumber yang di dalam bahasa Malaysia sangat berkurangan. Walau bagaimanapun, usah gusar kerana buku berbahasa Inggeris yang bertemakan matematik boleh di dapati dengan banyaknya di kedai-kedai buku utama seperti Kinokuniya.

Ibu bapa juga boleh mencadangkan guru Matematik untuk mengendalikan bengkel pendidikan matematik untuk ibu bapa. Program yang juga dikenali sebagai family maths (matematik untuk seisi keluarga). Ini bertujuan memberi pendedahan kepada ibu bapa dalam membantu anak-anak mereka bukan sahaja menguasai matematik tetapi menggalak kemahiran berfikir di kalangan anak-anak. 

Saya pernah menghadiri sebuah persidangan untuk pendidik pada tahun 2009 di mana seorang pensyarah universiti di Western Australia berkongsi tentang kejayaan inisiatif ini. Apabila kita didedahkan dengan kemahiran untuk membantu anak-anak mempelajari matematik, ini akan sedikit sebanyak membantu anak-anak berkebolehan untuk berfikir secara kreatif dan kritis. Kebolehan ini seterusnya amat berguna untuk anak-anak kita untuk menyelesaikan pelbagai permasaalahan matematik yang melibatkan ayat, gambar rajah dan simbol dan bukan sahaja masalah yang melibatkan penghitungan.

Konsep bermain sambil belajar juga boleh dipraktikkan melalui permainan santai yang bertemakan matematik. Mereka bukan sahaja dapat belajar, berseronok dan memupuk semangat kerjasama tetapi yang paling berharga ialah peluang untuk bermesra dengan anda. Antara permainan yang menggalakkan aritmetik mudah ialah "Snake and Ladder"  dan "Ludo". Cubalah "Domino"  untuk pelbagai skil matematik dan penggunaan strategi dalam penyelesaian masalah dan cubalah "Monopoly" untuk melatih anak-anak dalam penghitungan wang. 


Jika anda ingin mengasah kreativiti anda, cuba hasilkan mainan berpapan atau board game anda sendiri dengan menggunakan bahan yang sedia ada. Ia tidak perlu rumit, apa yang penting adalah kriteria yang ditentukan untuk memenangi permainan ini dan bagaimana untuk mencapai kriteria tersebut. Ciptakan beberapa halangan untuk menambahkan cabaran dan keseronokan untuk seisi keluarga!

Akhir sekali, kaitkan matematik dengan kehidupan seharian kita. Ada pelbagai cara untuk kita "membudayakan" matematik di rumah.  Contohnya, ibu bapa boleh melibatkan anak-anak dalam menghitung semasa membuat pembelian di kedai, bersama-sama menghitung elaun dan perbelanjaan bulanan rumah, melibatkan mereka di dalam aktiviti sukatan semasa memasak dan bermacam-macam lagi. Satu lagi aktiviti yang mudah ialah mengisikan objek di dalam botol atau balang dan meminta anak kita untuk meneka berapakah jumlah objek atau berat botol itu. Aktiviti ini nampak mudah tetapi jika dijalankan dengan betul, ia dapat membantu anak-anak kita di dalam membuat anggaran  atau estimation

Aktiviti-aktiviti sebegini Ini bukan sahaja dapat melatih anak-anak membentuk pemikiran Matematik berdasarkan cerapan tetapi juga dalam mengenali pola dan membuat kesimpulan. Semua ini membawa kepada pendekatan dalam pemikiran Matematik.

Akhir sekali, marilah kita membuka pemikiran anak-anak kita dengan membawa kepada pendekatan yang lebih luas. Bersama-samalah kita elakkan dari persepsi matematik hanya terhad kepada nombor perhitungan dan kecemerlangan peperiksaan sahaja.


Photo credit:

http://technotip.org/wp-content/uploads/tips/maths/maths-problems-.gif
http://www.teachthis.com.au/images/uploads/products/watermarked/1253955392Maths-Problem-Solving-Cards.jpg
http://www.cartoonstock.com/newscartoons/cartoonists/cga/lowres/cgan1331l.jpg
http://s1.hubimg.com/u/638628_f260.jpg
http://i551.photobucket.com/albums/ii463/djtobey_album/math/toss-across.jpg
http://farm2.static.flickr.com/1175/1339907948_d6532d4f26.jpg
http://www.iplaymathgames.com/math-games-store/images/math-games-with-cards.jpg
http://ipad.appfinders.com/wp-content/uploads/2011/09/154.jpg
http://a3.mzstatic.com/us/r1000/086/Purple/4a/31/db/mzl.kgzezebs.480x480-75.jpg
http://www.letstalktablets.com/wp-content/uploads/2011/10/giggle-ghosts-ipad-childrens-math-game.jpg
http://www.mediabistro.com/ebooknewser/files/2011/08/mzl.vxjzpauu.480x480-75.jpg
http://rainbowresource.com/products/015116.jpg
http://ecx.images-amazon.com/images/I/51FAO466VxL._BO2,204,203,200_PIsitb-sticker-arrow-click,TopRight,35,-76_AA300_SH20_OU01_.jpg
http://teachers.scholarschoice.ca/images/products/25/Instant-Math-Games-That-Teach-Book-N5392_XL.jpg
http://www.education.vic.gov.au/images/content/studentlearning/parentchildrenactivity.jpg
https://www.hbe.com.au/workflow/media/catalog/product/cache/1/thumbnail/250x/9df78eab33525d08d6e5fb8d27136e95/e/y/eye0121.jpg
http://i1-scripts.softpedia-static.com/screenshots/Snakes-Ladders-Game-18246.png
http://www.dreamstime.com/ludo-print-gift-or-play-thumb4433972.jpg
http://www.blubrry.com/bdata/coverart/bethedomino.jpg
http://www.thinkgeek.com/images/products/additional/carousel/cd9b_nintendo_monopoly_new_inplay.jpg
http://www.funmathsgames123.com/wp-content/uploads/2011/04/board-game-book2.jpg
http://1st-kidsgames.com/images/float/math-fun-games.jpg
http://www.notimeforflashcards.com/wp-content/uploads/2011/02/IMG_0499.jpg
http://www.cartoonstock.com/lowres/hsc1946l.jpg


No comments:

Post a Comment