Tuesday, December 13, 2011

Petua Pilihan : "Rahsia Pokok Betik"

Pokok betik agak popular di kalangan pengamal petua. Ia merupakan salah satu daun pilihan untuk bertungku. 

Petua ini digunakan untuk menghilangkan sakit rengat yang kadang-kadang dialami oleh ibu-ibu yang baru bersalin. Ia mencadangkan anda untuk mengambil beberapa helai pucuk daun betik dan mencampurkannya dengan setengah cawan air. Campuran itu kemudiannya digaul dan ditapis. Air tapisan ini kemudiannya diminum beransur-ansur untuk menghilangkan rasa sakit.

Akar betik juga dikatakan mampu menguruskan badan. Ia menggunakan beberapa cekak akar betik yang direbus dengan dua gelas air. Petua ini diamalkan sebelum tidur.

Petua-petua ini dikongsi oleh Puan Zalehar Ismail dari Selising dan Puan Hasmawati Hashim dari Simpang Empat.


No comments:

Post a Comment