Sunday, June 5, 2011

Fakta Sains : “Haiwan apakah yang mempunyai jangka hayat terpendek dan terpanjang sekali?”

Sebelum kita menjawab soalan ini ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan. Perkara-perkara itu termaksuklah; bagaimana kita boleh mebuat perbandingan yang adil di antara semua haiwan, bilakah jangka hayat bermula dan berakhir dan akhir sekali, apakah yang sebenarnya harus diambil kira dalam penaakulan kita.

Pertimbangkan bahawa ikan dan reptilia tertentu ternyata akan terus hidup selagi jangka hayat mereka berhenti disebabkan faktor kematian yang bukan semula jadi. Jika ini berlaku, adalah ia mungkin hidup sebagai haiwan yang tertua? Mungkin jawapannya ya.

Namun begitu, haiwan seperti itu hidup di alam liar. Kita tidak boleh melihat mereka untuk jangka masa yang diperlukan untuk menentukan jangka hayat mereka. Pergerakan haiwan bergerak juga menyukarkan kita untuk menilai usia mereka. Kita menentukan jangka hayat biasanya melalui haiwan kurungan kerana kita dapat mengenal pasti usia mereka.

Jadi, jawapan untuk persoalan tentang jangka hayat haiwan adalah dibuat berdasarkan dari taakulan pemerhatian melalui haiwan dalam kurungan. Haiwan dalam kurungan yang mempunyai jangka hidup paling lama adalah kura-kura raksasa (177 tahun).
anglesacresboergoats.com
Haiwan yang mempunyai jangka hayat terpendek pula adalah lalat Mei atau Mayfly (1-24 jam). Lalat Mei cepat berkembang biak seolah-olah kewujudan mereka di dunia bergantung kepada kuantiti dan bukannya kualiti.
akora.com
Tetapi, ada beberapa haiwan juga yang tidak kurang hebatnya.
Gastrotich jatuh di tempat kedua sebagai haiwan yang mempunyai jangka hayat terpendek. Haiwan aquatik mikro ini berukuran 0.06- 3 mm. Jangka hayatnya cuma 3 hari.
society.ezinemark.com
Antara yang hidup lama di dalalm alam haiwan termasuklah Tuatara dan ikan paus Bowhead.

Tuatara, satu-satunya keturunan yang masih hidup dari order reptilia (Rhynchocephalia) yang telah wujud beberapa ratus juta tahun yang lalu, sekarang tinggal di iklim yang sejuk lembap sekitar 30 pulau kecil berdekatan New Zealand. "Tidak memeranjatkan jika ada tuatara yang hidup selama lebih dari 100 tahun,” kata Bruce Musico dari University of Michigan Haiwan Diversity Web. 
animalseatinganimals.com
Contoh kedua adalah ikan paus Bowhead. Pada tahun 2007, seekor spesimen seberat 50 tan ditangkap di laut berdekatan pantai Alaska. Ia dijumpai dengan kepala tempuling tertanam jauh di bawah lemak dekat lehernya. Apabila diperiksa, kepala tempuling itu didapati telah hasilkan di New Bedford, Massachusetts, sebuah pusat penangkapan besar ikan paus yang wujud sekitar 1890an. Ini adalah bukti bahawa ikan paus itu telah terselamat daripada satu pemburuan lebih dari satu abad yang lalu. Kesimpulannya, ia menunjukkan para penyelidik bahawa usia paus itu adalah diantara 115 dan 130 tahun!
dailymail.co.uk
Bagaimana pula dengan manusia?

No comments:

Post a Comment